![]() |
Sekolah Berasrama
Penuh Integrasi Gopeng |
![]() |
||
| HOME LOKASI PENTADBIRAN PRASARANA |
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng dibina di atas Lot 137664 dalam Mukim Teja, Daerah Kecil Gopeng. Luas kawasan sekolah ini adalah 27 ekar. Pembinaan bermula pada 13 November 2000. Kos pembinaannya menelan belanja sebanyak RM 30.4 juta . SBPI Gopeng adalah merupakan salah sebuah daripada 14 SMKA yang telah dinaiktaraf sebagai SBP Integrasi. Ia telah dibuka pada 2 hb Januari 2003. Pada 17 hb Februari 2003, SBPI Gopeng telah menerima kelompok pertama pelajarnya yang terdiri dari 89 orang pelajar Tingkatan Satu dan 81 orang pelajar Tingkatan 4. Maksud
integrasi yang terdapat pada nama sekolah ini adalah disebabkan ia
menawarkan 3 aliran akademik di peringkat Tingkatan 4 dan 5 iaitu
Sains Tulin, Sains Tulin Agama dan Sains Teknikal. |